Rekaan logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam bentuk softcopy dalam bentuk jpeg atau AI (illustrator) dan dalam bentuk hardcopy bersaiz A4. Cetakan logo bersaiz A4 dan salinan logo di dalam CD hendaklah diserahkan.
Rekaan
Setiap warna dan reka bentuk pada logo yang dicipta perlu disertakan bersama penerangan dan rasional tertentu. Rekaan logo boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.
Warna
Peserta hanya dibenarkan menggunakan 3 kombinasi warna iaitu warna BIRU, KUNING dan MERAH.
Kegunaan logo
Logo yang dicipta hendaklah sesuai digunakan untuk urusan rasmi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
Keaslian logo
Rekaan logo perlu asli dan tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama serta tidak mempunyai sebarang unsur peniruan dari sumber-sumber lain.